Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mengenal pasti dan menghuraikan spesies baharu kulat entomopatogenik, 𝘈𝘬𝘢𝘯𝘵𝘩𝘰𝘮𝘺𝘤𝘦𝘴 𝘪𝘯𝘧𝘢𝘱𝘳𝘰𝘦𝘯𝘴𝘪𝘴 sp. nov., di kawasan Projek Pemulihan Hutan Hujan INFAPRO berhampiran Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu. UMS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penemuan itu sekali gus menyerlahkan potensi kawasan hutan yang dipulihkan sebagai habitat penting kepada spesies biodiversiti yang masih belum diketahui secara saintifik. Menurut kenyataan itu, spesies berkenaan ditemukan menjangkiti rama-rama dewasa yang melekat pada bahagian bawah daun di kawasan INFAPRO, dengan dua spesimen dikumpulkan pada 12 Mac 2024. “Kedua-dua spesimen kemudian menjalani penelitian morfologi serta analisis filogenetik molekul menggunakan lima penanda genetik yang menunjukkan ia membentuk garis keturunan tersendiri, sekali gus menyokong pengiktirafannya sebagai spesies baharu,” menurut kenyataan itu. Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2604181 #BernamaNews #Kulat #LembahDanum #INFAPRO BERNAMA 07/09/2026
UMS temu spesies baharu kulat di INFAPRO, serlah potensi biodiversiti
Published Sep 11, 2026
by SaBC Licensing
• Published
Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mengenal pasti dan menghuraikan spesies baharu kulat entomopatogenik, 𝘈𝘬𝘢𝘯𝘵𝘩𝘰𝘮𝘺𝘤𝘦𝘴 𝘪𝘯𝘧𝘢𝘱𝘳𝘰𝘦𝘯𝘴𝘪𝘴 sp. nov., di kawasan Projek Pemulihan Hutan Hujan INFAPRO berhampiran Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu.